Friday, 22 April 2011

Bermulanya Di Sini......

Dulu saya hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan. Membesarkan anak2 melalui hasil jualan kerepek yang di beli di kilang dan di packing semula.Dulu buat sendri sbb anak2 kecil lagi. Banyak yang masuk mulut dari masuk plastik.hehehe...
Sekarang dah lain, bila nak raya, anak2 dh sibuk membantu. Mujur anak2 suka buat kerja ni. Mereka dah terbiasa sebab dah tiap2 tahun rutin yang sama. Kerepek...kerepek...kerepek....Buat jualan Door to Door dan ada juga order online.
Tapi tahun ni nak buat kelainan skit. Nak buat sendri lah pulak semua kerepek tu....mana tau boleh jadi usahawan pula.Tahun lepas saya sakit...anak sulung and yang ni 2 cuba buat jualan...alhamdulillah...mereka berjaya sehingga di saat akhir nak raya. Taknak hampa kan pelanggan, si Anak tadi sanggup pegi carikan kerepek tu walaupun kami dah x der stok.


Syukur Atas Rezeki Allah...Kami tahu dlm setiap rezeki allah itu ada rezeki org lain juga. Sebab tu kami jual ikut harga yg rendah dan termampu di beli. Asal ada jualan. Sikit pun untungnya, bila di kumpul lama2 jd bukit juga.

No comments:

Post a Comment